November 10, 2010

Tergelincir kepatuhan

Tak boleh tidur. Macam2 dalam kepala ni.

Ya kadang2 tuhan tu sengaja melekakan kita dengan mengurniakan segala kesenangan, keselesaan, kesempurnaan hidup sehingga seketika saat itu kita sendiri buta, lupa untuk memanjatkan kesyukurun kepadanya.

Dan apabila masalah, kesulitan datang bertimpa-timpa,

Hmm, Ya Allah!

August 8, 2010

Faham dah

Ada saja yang tak kena kan kalau aku lebih sikit dari kau.

Hahaa, macam bangang la wei!

August 1, 2010

Lapan

Dah masuk bulan Ogos.

Azam baru, gua nak puasa betul-betul tahun ni. takmau main-main dah.

xoxo

July 30, 2010

Childhood!


Time ni Tom & Jerry memang favourite gua!

July 24, 2010

Dunhill

Sedut asap.
Buang asap.

Macam bodo.

February 25, 2010

Kebebasan daripada kemahuan

Actually, dia mahu untuk hidup bebas dan tidak dipengaruhi oleh sebarang ideologi ketika membuat pilihan dan keputusan.

February 24, 2010

January 27, 2010

lakon masa

Ya, benar. Dalam setiap cerita yang ada, mungkin aku bukanlah aktor terbaik di dalam cerita itu.

Namun biarlah sang tubuh ini melakukan apa yang telah mewujudkan jalannya.
apa yang terjadi, biarlah terjadi, tak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang. tak perlu juga untuk menyalahkan takdir. biar semua peristiwa berjalan sesuai dengan kisah masing-masing.

Hakikat hidup memang sukar diduga kerana kita hanya pelakon yang memainkan watak mengikut arahan sang pencipta.

Tidak mengapa.

Cerita ini akan berjalan, dan terus berjalan.
sehinggalah sampai satu masa, sang pencabut nyawa datang menjemputnya.

January 12, 2010

paradigma hidup merupakan acuan dalam melangkah





Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

January 8, 2010

memang selalu terjadi

1 gram RAJIN.
1 kilogram MALAS.